Jan 29, 2011

Cinta Pertama-Norhayati Berahim

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

Harga Asal:RM19.90
Harga Jual:RM17
Status:Available

Aku Dihatimu-H.M Tuah Iskandar


Izam dan Inspiron bukan kembar, tetapi mereka mempunyai persamaan dari segala segi. Malah, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Namun, apa yang difikirkan oleh Izam turut difikirkan oleh Inspiron hingga gambaran mental Izam tentang seorang gadis bernama Salie turut ada dalam fikiran Inspiron.

Mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Salie tanpa mengenal batas dunia masing-masing. Yang mereka sangkakan Salie itu sebenarnya bernama Lia, teman wanita seorang pemuda bernama Oberoi. Keadaan tiba-tiba menjadi gawat apabila Oberoi ditemui mati dibunuh.

Siapakah yang membunuh Oberoi dan apa kaitannya dengan Toh Puan Jelita, ''ibu'' kepada segala keburukan?

Harga Asal:RM19.90
Harga Jual:RM17
Status:Available

Senafas Rindu-Damya Hanna


TEGARKAH dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata - kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu,jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan. Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Vivianna adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan angan tinggi.
Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti..sinar buatnyaakan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain.. Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.

Harga Asal:RM19.90
Harga Jual:RM17
Status:Available

Inikah Cinta-H.M Tuah Iskandar


CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.

Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia.

Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.

Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.

Harga Asal:RM18
Harga Jual:RM15
Status:Available

Seharum Kasih-Aina Emir


ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!

Harga Asal:RM17
Harga Jual:RM14
Status:Available

Masih Ada Rindu-Mimie Afinie


MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?


Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.


Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.


Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.


Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.

Harga Asal:RM17
Harga Jual:RM14
Status:Available

Jan 24, 2011

Ria Qistina - Bikash Nur Idris

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.

Ria Qistina seorang remaja tomboi yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?

Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?

Harga Asal:RM15
Harga Jual:RM12

Status:Available

Indahnya Kasih - Kreisya Reisya

Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seseorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu penuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan.

Detik masa pun berlalu...

Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hati, menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya. Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam, Puteri melangkah ke alam perkahwinan. Dari dunia khayalan, dia mula mengenali realiti hidup sebenar.

Dia mulai belajar menjadi seorang suri di hati puteranya. Buat Puteri, perkahwinan itu bukan lagi satu fantasi. Di sini... di dunia yang baru ini, ada warna-warna kehidupan yang tersendiri. Dia perlu belajar menjadi seorang wanita matang seiring usianya. Dan sebagai suami, Aizat cuba membentuk permaisuri hatinya menjadi seorang wanita yang bernama isteri sejati.

Harga Asal:RM15
Harga Jual:RM12
Status:Available

Mencari Cinta - Leeya Myra

Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.

Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.

Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.

Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Harga Asal:RM 15.00
Harga Jual:RM 12.00
Status:Available

Hatimu Untuk Siapa - H.M Tuah Iskandar

Terbitan:Alaf21
Harga Asal:RM15
Harga Jual:RM12
Status:Available

Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah menjadi kaya, popular dan ternama itu.

Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita cantik.

Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?

Sebuah novel motivasi terunggul untuk dihayati, dinikmati serta diambil 1001 pengajaran daripadanya.

Cintamu Di Hati - Aida Adriani

Terbitan :Alaf21
Harga Asal:16
Harga Jual:RM13
Status:Available

Kata orang ... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.


Seri terperangkap antara dua perasaan; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus-terusan diragui.


Takdil Allah tiada siapa dapat menghalang, ujiaan datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari kebahagiaan yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua buatnya

Jalan Terakhir - Zaifuzaman Ahmad

Seri seorang gadis yang tercaricari arah hidupnya. Haluan hidupnya terbayang apabila teman baiknya, Dr. Zakiah menawarkan jawatan kosong di pusat penjagaan rumah orang tua.

Pak Idris pula merasakan diri disisih oleh anaknya Zainal dan menantunya Munirah bila dia ditempatkan di rumah orang tua
atas kehendak menantunya.

Segalanya bermula apabila Pak Idris mengesyaki tragedi kematian demi kematian penghuni di rumah orang tua itu ada kaitannya dengan misteri pembunuhan. Hasratnya untuk menyiasat tidak mendapat sokongan temanteman rapat. Apabila Pak Idris sendiri dijumpai mati, misteri pembunuhan itu mula tertutup.

Siapa pula yang menyelongkarnya?


Terbitan:Alaf21
Halaman:399
Harga beli:RM14
Status: Available
Harga jual:RM11

Selaut Kasih - Azilawati Mat Angsar

Kasih sayang antara Najihah dan Jeffry ibarat bulan dan bintang. Kebahagiaan rumah tangga mereka umpama laut yang tenang. Janji setia yang mereka lafazkan tetap kukuh. Cinta mereka tidak pernah surut.

Namun, ombak resah akhirnya mendamparkan mereka ke pantai dugaan. Najihah diperkosa oleh Faiz, lelaki pendendam yang cintanya ditolak oleh Najihah. Tragedi hitam itu menyebabkan Najihah jadi paranoid. Apatah lagi bila dia disahkan mengandung. Tapi anak siapa?

Sebagai suami, Jeffry berusaha memahami perubahan Najihah yang jadi pendiam dan langsung tidak mahu disentuh. Tapi, ego lelakinya sering bertingkah dengan keadaan Najihah dan kemahuan kelelakiannya.

Demi kebaikan bersama, Najihah memaksa Jeffry menikahi Sharlini sebagai isteri kedua. Konflik rumah tangga mereka semakin kalut, bila Sharlini bertindak merampas Jeffry sebagai ‘haknya seorang’ kerana kononnya Jeffry adalah bekas kekasihnya yang ‘dirampas’ oleh Najihah.

Bagi Jeffry, dalam hatinya cuma ada Najihah...

Terbitan:Alaf21
Halaman:414
Harga Asal:RM14
Status: Available
Harga Jual:RM11

Sedetik Cinta - Kreisya Reisya

Benarkah cinta pertama tidak semestinya bersatu? Sophie reda menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki itu sering menganggunya. bertahun2 memujuk hati yg lara.

Masa berlalu, hati Sophie berputi semula pada pengurusnya, Hj Akimi yg berkarisma. Namun sanggupkah dia menjadi org kedua? Dia tidak sanggup menjadi galang ganti sbg penyambung zuriat seorg lelaki. Sophie tegar. Kisah ini harus dinoktahkan.

Saat luka mula sembuh, tanpa diduga lelaki itu muncul kembali....Sophie percaya hidup ini ibarat gula2, namun dia tidak pernah berhenti berharap...dia percaya suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorg lelaki yg entah dimana,...

Terbitan:Alaf21

Halaman:353

Harga Asal: RM14

Harga Jual:11

Status: Available

Rindu Yang Pergi - Fazie Hanna

Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.
Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.
Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.
Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....

Terbitan:Alaf21
Halaman:339
Harga Asal:RM15
Harga:RM10
Status:Available

Misteri Julia - Zaifulzaman Ahmad

Datuk Dahlan Pengurus Hotel Impiana di Port Dickson telah menawarkan Julia bekerja di tempatnya. Datuk Dahlan amat berkenan dengan kerja-kerja Julia yang dikendalikan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Johor Bahru dan terus melamar dia bekerja di hotelnya. Disebabkan gaji yang ditawarkan begitu lumayan, Julia bersetuju dengan tawaran itu.

Anak Datuk Dahlan, Anwar begitu tertarik dengan Julia. Malangnya Julia tidak suka. Sebaliknya dia telah terpikat dengan seorang pelukis bernama Harun. Julia telah mengupah Harun melukis beberapa buah gambar lukisan yang difikirkan perlu untuk hotel tempat dia bekerja. Semakin hari hubungan mereka semakin intim dan bibit-bibit cinta mula berputik.

Sepanjang perkhidmatannya di hotel itu, Julia diganggu oleh panggilan-panggilan misteri. Makin hari makin kerap Julia ditakut-takutkan. Akhirnya Julia buat laporan polis. Melalui orang tengah, Julia dapati lelaki itu menyangka beliaulah yang menyebabkan kematian isteri dan anak lelaki itu. Siapakah Julia sebenarnya? Benarkah tuduhan lelaki itu?

Halaman:297
Terbitan:Alaf21

Harga Asal:RM 11
Harga:RM 8
Status:Available