Jan 29, 2011

Masih Ada Rindu-Mimie Afinie


MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?


Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.


Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.


Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.


Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.

Harga Asal:RM17
Harga Jual:RM14
Status:Available

4 comments:

  1. Salam . Saya berminat dengan novel ni . Semua perihal peribadi saya dah email kan :) Tak sabar nak dapatkan maklum balas >

    ReplyDelete
  2. Salam....hi, novel ni available lagi ke?
    Saya betul2 bermnat nk beli...

    ReplyDelete
  3. Salam....hi, novel ni available lagi ke?
    Saya betul2 bermnat nk beli...

    ReplyDelete
  4. Salam novel ni masih available lgi ke sya berminat nak beli

    ReplyDelete